SENARAI SEMAK – 5 PERKARA PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI RUMAH DENGAN PEMAJU
SENARAI SEMAK – 5 PERKARA PERLU TAHU
SEBELUM MEMBELI RUMAH DENGAN PEMAJU
Zaman
kegawatan ekonomi semakin mendatang. Kuasa membeli semakin kurang.
Masing-masing sudah memulakan strategi cara untuk meningkatkan pendapatan.
Antaranya dengan memulakan perniagaan. Termasuk membeli rumah untuk tujuan
membina aset.
Membeli
hartanah bukan semudah membeli barang di kedai runcit. Ada prosedur penting
yang perlu dilalui. Artikel ini berkongsi senarai semak yang penting kita
ketahui sebelum membeli rumah dengan syarikat pemaju. Jangan terlalu rakus
membeli, khuatir akan datang, ada masalah yang perlu dihadapi oleh kerana
tidak kenal latar belakang pemaju.
1.
Lakukan Carian Tentang Syarikat Pemaju
Sebelum
anda putuskan untuk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidik
dahulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang
syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat
(company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat
tersebut.
Melalui
carian syarikat, anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama
ada ia syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ia masih aktif, dan tidak
digulungkan (wound-up) atau sebaliknya.
Bilakah
syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai
syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana
banyak syarikat yang buat bisnes hartanah, tetapi sebenarnya syarikat
tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana perniagaannya
adalah pemajuan hartanah).
Melalui
carian syarikat juga anda boleh mengetahui siapakah pemegang saham syarikat
tersebut, ahli lembaga pengarah dan juga modal berbayar (paid-up capital)
serta untung rugi syarikat tersebut. Maklumat tersebut dapat memberi gambaran
awal kepada anda, tentang sejauh manakah establishnya serta kemampuan syarikat
tersebut untuk memajukan sesuatu projek hartanah.
Kalau
syarikat yang modal berbayarnya (paid-up capitalnya) hanyalah RM2 atau baru
seminggu didaftarkan, bagaimanakah anda boleh meyakini ia mampu melaksanakan
satu projek perumahan yang melibatkan 100 unit buah rumah misalnya. Bagi saya
gambaran awal sebegitu amat penting dalam kita menilai sesuatu.
2.
Semak Pengalaman Dan Track Record Pemaju
Saya
amat menyarankan anda membuat semakan tentang pengalaman dan track record
pemaju tersebut dalam bidang hartanah, dan berapa banyakkah projek perumahan
yang pemaju tersebut telah bina dan siapkan.
Caranya
adalah dengan menghubungi Bahagian Perlesenan, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan untuk mengetahui tentang pengalaman syarikat tersebut dalam
bidang hartanah.
· Melalui semakan tersebut anda boleh
tahu setakat mula penubuhannya?
· Berapa banyakkah projek perumahan
yang mereka telah bina dan siapkan dengan sempurna?
· Berapa banyakkah projek perumahan
mereka yang lewat atau terbengkalai?
· Adakah pemaju atau mana-mana ahli
lembaga pengarahnya pernah disabitkan dengan apa-apa pertuduhan atau
kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan)?
· Adakah pemaju tersebut pernah kena
black list oleh kementerian?
Dan
lain-lain maklumat yang berkenaan lagi
Melalui
maklumat tersebut juga anda dapat membuat penilaian sejauh manakah bersihnya
track record syarikat pemaju tersebut. Kalau anda sudah mengetahui yang
syarikat tersebut ada projeknya pernah terbengkalai dan bermasalah, eloklah
jangan ambil risiko untuk membeli hartanah yang dibina olehnya.
3.
Semak Status Lesen PemajuanPerumahan Pemaju
Sila
semak juga dengaan kementerian sama ada pemaju tersebut telah memperoleh
lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan atau tidak untuk
sesuatu projek perumahan yang didirikan tersebut.
Lesen
pemajuan perumahan dan permit iklan dan jualan ini perlu diperolehi oleh
mana-mana syarikat pemaju, sebelum mereka boleh memulakan pembinaan sesuatu
projek perumahan dan menawarkannya untuk jualan kepada orang ramai.
Adalah
satu kesalahan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) bagi
mana-mana pemaju yang gagal mendapatkan kelulusan lesen dan permit tersebut.
Biasanya
syarikat yang telah memperolehi lesen pemajuan perumahan dan permit iklan dan
jualan ini, mereka dikehendaki menulis, dan memaparkan nombor lesen dan
permit tersebut dalam setiap notice board atau pampalet/ broucher yang mereka
keluarkan.
Walaubagaimanapun,
untuk pengesahan, sila semak dengan kementerian tentang nombor lesen pemajuan
dan permit iklan dan jualan tersebut sama ada ianya benar-benar telah
diluluskan dan sah (valid).
4.
Minta Salinan Geran Hartanah Daripada Pemaju
Setelah
anda meyakini yang syarikat tersebut benar-benar berpengalaman dan kukuh
dalam melaksanakan sesuatu projek perumahan, bolehlah anda berurusan dengan
mereka untuk mengetahui maklumat terperinci tentang rumah yang anda ingin
beli tersebut.
Cumanya,
satu perkara yang saya ingin ingatkan, sebelum anda putuskan untuk membeli
rumah tersebut, macam biasa, sila minta salinan geran rumah tersebut daripada
pemaju, dan lakukanlah carian persendirian di pejabat tanah. Sila minta minta
daripada pemaju salinan Lesen Pemajuan Perumahan dan Permit Iklan dan Jualan
untuk projek tersebut sebagai pengesahan.
5.
Fahami Terma-terma Penting Dalam Perjanjian Jual Beli Sebelum
Menandatanganinya
Jika
anda telah berpuas hati dengen keadaan fizikal, status tanah, harga dan lain-lain
berkenaan hartanah tersebut, barulah anda memasuki perjanjian jual beli
dengan pemaju. Jangan sama sekali anda tergesa-gesa untuk tanda tangan
perjanjian jual beli selagi anda masih belum berpuas hati dengan hartanah
tersebut.
Masa
inilah anda boleh bertanya, minta dan clarify apa sahaja dengan pemaju.
Kerana setelah anda menandatangani perjanjian jual beli kelak, anda dianggap
telah terikat dengan terma-terma perjanjian jual beli tersebut dan
kebiasaannya, pemaju pun sudah agak kurang minat untuk melayan anda, sebab
mereka sudah berjaya mengikat anda.
Seboleh-bolehnya,
baca dan cuba fahami terma-terma penting yang terdapat di dalam perjanjian
jual beli sebelum anda menandatanganinya. Tanyakan apa sahaja tentang terma
perjanjian jual beli tersebut kepada peguam yang telah dilantik.
Sesetengah
Pemaju akan minta anda menandatangani perjanjian jual beli tersebut di
hadapan mereka. Sebenarnya, anda berhak untuk minta, agar perjanjian jual
beli tersebut ditandatangan di hadapan peguam, supaya anda boleh bertanyakan
apa sahaja berkaitan perjanjian jual beli tersebut kepada peguam. Setelah
anda betul-betul berpuas hati, barulah anda tandatangan perjanjian jual beli
tersebut.
|
URGENT UNTUK JUAL BELI
RUMAH ATAU HARTANAH ANDA TINGGALKAN KOMEN DISINI:
|