Motivasi 1:10 TIPS HIDUP ENERGETIK UNTUK USAHAWAN
Motivasi 1:10 TIPS HIDUP ENERGETIK UNTUK USAHAWAN
1. Bangun awal, sebaik-baiknya 30 minit sebelum solat Subuh, atau lebih awal dari itu. Manfaatkan masa ini untuk solat, muhasabah atau membaca. Gunakan masa ini untuk membuat "mental plan" beberapa hari ke hadapan.
2. Senaman sekurang-kurangnya satu jam selepas solat Subuh. Brisk walk. Jogging. Pergi gimnasium, Keluarkan peluh. Fikiran akan jadi lebih jelas dan badan rasa bertenaga. 3. Solat awal waktu. Usah bertangguh. Kalau nak "bertemu Allah" pun kita bertangguh, besar kemungkinan aktiviti sesama manusia pun kita akan bertangguh. 4. Usah mengular sewaktu pagi. Selepas bangun, terus jalani kehidupan aktif. Usah baring di katil lagi. Orang yang malas bangun seringkali ada masalah untuk jalani kehidupan. Dia tak bermotivasi untuk hidup. 5. Buat jadual aktiviti sepanjang hari. Tentukan apa nak buat pada pukul 9 pagi, 10 pagi, 11 pagi dan seterusnya. Patuhi jadual tersebut. 6. Tepati masa. Kalau berjanji pukul 8 pagi, pastikan datang pukul 8 pagi. Kalau ada yang tidak boleh tepati janji, tinggalkan. Usah cuba gembirakan orang lain sehingga jadual hidup kita tersasar. Orang akan lebih hormat kita jika kita ada prinsip hidup. 7. Usah buang masa dengan mengopi tanpa tujuan. Kalau setakat nak mengenali kawan-kawan bisnes, melalui Facebook pun boleh. Kalau ada yang nak berjumpa, tanya apakah tujuan perjumpaan tersebut. Kalau tujuan perjumpaan itu tak ada manfaat yang jelas untuk bisnes kita, batalkan saja. Biarlah orang nak kata kita sombong. Ada kala, "sombong" pun boleh jadi aset bisnes. 8. Apabila buat appoinment, pastikan tahu awal-awal berapa lama temujanji tersebut (contoh: satu jam), apakah yang nak dicapai (contoh: dapatkan persetujuan mengenai sesuatu cadangan), dan siapakah lagi yang akan terlibat (supaya kita dapat bersedia). Cukup masa, minta diri. 9. Kurangkan perkataan "nak buat." Nak beli kertas. Nak pergi klinik. Nak pergi bank. Nak buat appointment. Buat, buat, buat. Usah tangguh. Sebagai usahawan, kita kena buat. Buat pada masa itu juga. 10. Tinggalkan orang yang banyak beri alasan dan suka salahkan orang lain. Usah letihkan diri dengan sikap negatif ini. Orang yang bermotivasi pun boleh lemah semangat kalau selalu dengar cakap orang negatif dan tak bersemangat. Apabila kita cuba gembirakan semua orang, orang yang paling tak gembira ialah kita |
URGENT UNTUK JUAL BELI
RUMAH ATAU HARTANAH ANDA TINGGALKAN KOMEN DISINI:
|